Friday, 27 November 2015

Secebis Coretan

Mariyah atau dikenali sebagai Mak Teh merupakan seorang pengusaha maruku dan merupakan pemilik MS Laris. MS Laris terkenal dengan maruku yang telah dikomersialkan sejak tahun 2000. Beliau mula mengusahakan perniagaan hanya secara kecil-kecilan di rumah. Kemudiaan, apabila mendapat permintaan yang tinggi, beliau telah membina sebuah bengkel di belakang rumah beliau dengan kos RM3318.

Perniagaan MS Laris telah menerima bantuan kewangan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 21 Januari 2004 sebagai modal pusingan,papan tanda dan sebagainya.

Beliau telah menerima pinjaman berbentuk mesin maruku dan mesin mixer daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berjumlah RM5600.  Alhamdulillah, dengan bantuan ini membuat pengeluaran produk  MS Laris semakin bertambah.

MakTeh sedang membuat maruku menggunakan mesin 


Pada Oktober 2006, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA INC) telah memberi bantuan mesin berharga RM10000 kepada MS Laris. 

Seterusnya, pada Mei 2009, Mak Teh telah memohon sebanyak RM20000 daripada MADA dan MOA untuk membuat bengkel bertaraf kedai di hadapan rumah. Permohonan Mak Teh diluluskan dan impiannya tercapai apabila bengkel tersebut siap pada Februari 2011.

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah memberi bantuan perkakas seperti Sealer Kaki, Oven besar dan meja canai kepada Mak Teh pada tahun 2010.

Alhamdulillah, kini, perusahaan MS Laris semakin berkembang dan meluas bukan sahaja di kawasan setempat malah hingga ke luar negeri. 






4 comments:

Anonymous said...

hai good info

Nazreen Ikmal said...

Saya mendapati blog ini sangat menarik sekali dan sangat bermakna.. saya suka saya suka

Miss Dora said...

ya..terima kasih. info berguna

Anonymous said...

wahhh.. sedapnya marukuu